Wanita nekad tikam ‘anu’ kekasihnya selepas mengaku playboy

Seorang wanita tergamak menikam kemaluan teman lelakinya dengan sebilah gunting patah selepas dia mengaku mempunyai hampir 50 kekasih pada masa lalu.

Kejadian berlaku semasa pasangan itu menikmati makanan dalam temu janji romantis di sebuah kafe di Manila, Filipina baru-baru ini. Ketika itu, perbualan mereka bertukar serius apabila menyentuh topik sensitif.

Selepas mendengar tentang senarai panjang bekas kekasih teman lelakinya, wanita itu tenang seketika sebelum dia bertukar marah.

Dia kemudian mengambil gunting yang patah dari tempat pembuangan sampah berdekatan dan menusuk objek tersebut pada pangkal paha teman lelakinya.

Orang ramai terkejut melihat darah memercik keluar daripada paha lelaki itu.

Seorang pegawai polis, Kapten Anthony Abundo berkata, ketika kejadian terdapat seorang anggota pihak berkuasa yang membuat rondaan di lokasi kejadian dan menghubungi ambulans.

“Kami kemudian menjalankan siasatan dan berjaya mengesan suspek.

“Wanita itu kecewa apabila dia mendapati bilangan kekasih lampau yang dimiliki teman lelakinya hampir 50 orang. Dia sengaja menikamnya di bahagian kemaluan kerana perkara ini,” ujarnya.

Anggota paramedik, Hugo Cruz berkata, lelaki itu mengalami sakit yang amat sangat ketika mereka tiba di lokasi kejadian dan dia telah kehilangan banyak darah.

Bagaimanapun, kemaluannya berjaya dirawat dan dia kini berada dalam keadaan baik di sebuah hospital.

Sementara itu, wanita tersebut tidak memberitahu apa-apa tentang apa yang berlaku apabila disoal siasat. Polis Lawton tidak mendedahkan nama pasangan itu dan siasatan masih dijalankan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*