DEK terlalu marah, seorang lelaki memenggal kepala isterinya kerana mengesyaki wanita tersebut menjalinkan hubungan sulit dengan individu lain.
Lelaki yang dikenali sebagai Anil Kanojia, dari Uttar Pradesh, India, kemudian dilihat selamba berjalan kaki dengan sebelah tangan menjinjing kepala isterinya, dan sebelah lagi tangannya memegang pisau pemotong.
Video ketika dia sedang berjalan tanpa menghiraukan orang awam, menjadi tular di laman sosial.
Menurut polis, dalam insiden yang berlaku pada pagi Jumaat lalu, Anil dan isterinya, Vandana, 28, dilaporkan bertengkar selepas dia mengesyaki wanita itu curang.
Ia susulan penemuan surat cinta yang didakwa dihantar oleh seorang lelaki kepada isterinya.
Berang kerana dicurangi, lelaki itu menetak isterinya, yang dikahwini selama hampir lapan tahun, sebelum memenggal kepala wanita tersebut.
Anil ditahan ketika dia dikatakan sedang berjalan kaki menuju ke balai polis dengan membawa kepala isterinya yang masih berlumuran darah.
Difahamkan, pasangan berkenaan mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan mereka.
Turut baca :
Leave a Reply