Oh My God! Keluarga terkejut ‘mayat’ buka mata sebelum dibakar

Oh My God! Keluarga terkejut ‘mayat’ buka mata sebelum dibakar

Seorang wanita dari negeri Odisha yang dipercayai telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran, membuka matanya sejurus sebelum jasadnya dibakar, lapor laman berita Deccan Herald semalam.

Wanita berusia 52 tahun itu dibawa ke sebuah tempat pembakaran mayat, sebelum ‘jasadnya’ bergerak dan mengejutkan ahli keluarganya.

Menurut ahli keluarganya, wanita tersebut mengalami lebih 50 peratus kecederaan melecur dalam insiden kebakaran di rumah pada 1 Februari lalu sebelum dibawa ke sebuah hospital.

Bagaimanapun, apabila pihak hospital merujuk wanita berkenaan ke kemudahan perubatan lain, suaminya membawanya pulang kerana kekurangan wang.

“Pada Isnin lalu, ketika berada di rumah, dia tidak membuka matanya dan kelihatan tidak bernafas.

“Kami fikirkan dia telah mati dan memaklumkan kepada orang lain di kawasan itu,” kata suami wanita tersebut, Sibaram Palo.

Tanpa berunding dengan doktor atau cuba mendapatkan sijil kematian, suami wanita tersebut membawa ‘jasadnya’ ke tempat pembakaran mayat berhampiran.

“Kayu api untuk pembakaran hampir siap apabila dia membuka matanya secara tiba-tiba. Kami pada mulanya terkejut.

“Namun, apabila kami mula memanggilnya, dia memberi tindak balas. Ia satu keajaiban,” kata jiran Sibaram, K Chiranjibi.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*