{VIDEO} Pesawat dilihat bersepai di udara sebelum terhempas

VIDEO menunjukkan sebuah pesawat ringan yang bersepai di udara sebelum terhempas dekat Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Muda, Kapar, Klang tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsi orang awam, serpihan pesawat itu dilihat melayang-layang di udara sebelum jatuh di kawasan berkenaan.

 

Pesawat itu dipercayai meletup terlebih dahulu sebelum ia terhempas kira-kira pukul 1.56 tengah hari tadi.

“Dia meletup kat sini, ekor jatuh kat sini,” ujar seorang lelaki dalam video tular yang dikongsi di media sosial.

Sebahagian komponen pesawat itu dilihat jatuh bertebaran di kawasan ladang sawit serta kediaman penduduk.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.56 petang.

Sejurus menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Kita sampai di lokasi kejadian dan mengesahkan pesawat ringan jenis ‘Air Craft Aviation Safety Technology’ itu terhempas dan terbakar.

“Kerja mencari mangsa sedang dijalankan dan jumlah mangsa masih belum diketahui,” ujarnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*