{VIDEO} “Hello, saya ini pondan overseas tahu…” Geng mak nyah bikin kecoh, campak duit siap tendang pintu mall

Tular satu video memaparkan sekumpulan lelaki berperwatakan seperti wanita membuat kecoh di pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur sejak Isnin.

Dipercayai, mereka bertindak sedemikian kerana tidak dibenarkan masuk ke salah satu butik pakaian di premis pusat beli-belah itu.

Video tersebut pada mulanya dimuat naik oleh erzuanaamr di laman Instagram miliknya dan kemudian ditularkan semula oleh @IniAlalannn di laman media sosial X (Twitter) pada Isnin.

Namun, melalui perkongsian tersebut, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar insiden itu berlaku.

“Kelas pondan oversea (luar negara) campak-campak duit selepas menendang pintu H**. Kalau banyak duit kenapa membeli belah di H**?” ciapnya.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan sekumpulan mak nyah terbabit yang dikatakan berasal dari luar negara menendang sambil menjerit ke arah pintu butik pakaian terkemuka berkenaan.

Malah, ada di antara mereka mencampak sejumlah duit ke pintu butik tersebut.

Turut kedengaran salah seorang daripada mereka meminta pengawal keselamatan butik berkenaan untuk membuka pintu yang telah ditutup.

“Kau buka, kau buka sekarang pintu ini!

“Hello, saya ini pondan overseas tahu, pondan overseas,” jeritnya.

Turut kelihatan, seorang wanita dilihat cuba menenangkan sekumpulan mak nyah yang membuat kacau itu namun gagal.

Lebih memalukan lagi, tindakan mereka itu turut menarik perhatian orang awam yang terus mengerumuni tempat kejadian.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*