WARGA maya dikejutkan dengan penampilan tidak bertudung kembar tiga terkenal ketika bersiaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Seperti sudah dijangka, tindakan itu ternyata menuai kecaman netizen yang tidak bersetuju dengan apa yang mereka saksikan.
Sedar akan kritikan yang diterima, tiga beradik yang popular dengan imej berhijab itu memuat naik satu kenyataan meminta orang ramai agar menjaga tutur mereka di media sosial.
“Jaga mulut… lidah tu lagi tajam daripada pedang. Berapa banyak dah anda sakitkan hati orang, lepas tu rasa diri anda lagi betul. Minta maaf tak pernah pun.
“Dosa dengan Allah, kita mohon ampun dengan Allah… insya-Allah, Allah boleh maafkan. Tetapi dosa dengan manusia wajib mohon maaf kerana takut ia menyekat diri untuk ke syurga,” ujar triplet itu.
Dalam kenyataan sama yang dikongsi kepada lebih 200,000 pengikut TikTok, kembar tiga itu mengakui mereka hanyalah manusia biasa yang memiliki sisi baik dan buruk tersendiri.
“Kalau nak tahu keburukan kami, tanyalah orang-orang yang membenci kami. Kalau nak tanya tentang kebaikan kami tanyalah orang-orang yang sayang kami.
“Hakikatnya pendapat kita semua berbeza-beza antara manusia. Tapi yang paling penting adalah siapa kita di mata Allah.
“Ukhuwah ni ibarat tasbih, ada permulaan, tak akan ada pengakhiran. Maka peliharalah sahabat-sahabat kalian selagi ada… begitu juga keluarga kita,” ujar triplet itu lagi.
Menerusi video yang dikongsi pada Ahad, kembar tiga itu turut menghimpunkan tangkap layar komen-komen netizen yang mencerca perbuatan mereka selepas menanggalkan tudung.
Selain menjadi mangsa face shaming oleh segelintir netizen, mereka bertiga turut dilabel dengan pelbagai gelaran termasuklah penunggang agama.
“Triplet ni Islam dekat kad pengenalan je.
“Triplet penunggang agama,” tulis beberapa netizen.
Di sebalik kecaman yang diterima, terdapat ramai netizen turut memberikan kata-kata semangat buat tiga gadis itu.
“Semoga dipermudahkan segala urusan sis bertiga dan sentiasa dibawah perlindungan dan reda-Nya.
“Bertabahlah. Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Just keep going.
“Tegur janganlah sampai tahap menghina. Ini bukan ajaran Islam.
“Yang menegur siap maki tu memang confirm syurga ke?” tulis beberapa netizen pula.
Terdahulu, tular rakaman video memaparkan tiga kembar itu membuat siaran langsung di TikTok tanpa mengenakan tudung.
Tindakan itu ternyata mengejutkan netizen kerana mereka sering tampil bertudung menerusi video-video sebelum ini.
Turut baca :
Leave a Reply