“Hanya minta jumlah dikurangkan…” PAS tak pernah desak batal konsert ketika dalam kerajaan, kata KJ

PAS tidak pernah secara agresif mendesak konsert dibatalkan ketika berada dalam kerajaan, kata bekas menteri Khairy Jamaluddin.

Khairy, yang menjadi menteri dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun PAS pernah bantah konsert, ia hanya menyentuh isu itu sekali saja ketika berada dalam kerajaan, iaitu selepas kerajaan membuka semula ekonomi susulan pandemik Covid-19.

Khairy berkata menteri agama ketika itu, Idris Ahmad, hanya minta jumlah konsert dikurangkan.

“Dia cakap kalau boleh kurangkan sikit konsert boleh tak?

“Saya terfikir, ‘Wow!’ Saya menjangka beliau akan kata tiada konsert lagi atau sesuatu seperti itu!”

Beliau bercakap pada forum bertajuk “Politics 101: Politics, Policies & Personal Journeys with Khairy Jamaluddin”.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian ketika disoal mengenai hubungan kerjanya dengan PAS.

Dr M pencerita lebih berkesan berbanding Anwar

Sementara itu, Khairy menyifatkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad “pencerita” lebih berkesan berbanding Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Mahathir menjelaskan sesuatu dengan mudah dan mengulang hujah, kata Khairy yang menambah itulah kebijaksanaan Mahathir sebagai seorang komunikator politik.

Sebaliknya, Anwar mampu “mengangkat retorik ke tahap terlalu tinggi menggunakan perkataan yang tidak difahami orang ramai”.

“Ini juga satu kelemahan, kerana akhirnya, jika orang ramai tidak memahami anda, apa gunanya?

“Anwar antara pemidato terhebat, bukan saja untuk generasinya tetapi semua generasi. Tetapi dari segi penceritaan berkesan, Mahathir memang menguasainya.”

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*