Cubaan seleweng minyak petrol gagal, warga asing dicekup di Rantau Panjang

Cubaan seleweng minyak petrol gagal, warga asing dicekup di Rantau Panjang.

Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Pencegahan Penyelewengan Barang Kawalan di sempadan negara sekitar Rantau Panjang, Kelantan.

Lokasi kejadian tepi jalan di hadapan sebuah stesen minyak di Rantau Panjang, Kelantan pada jam 2.45 petang kelmarin telah menyita anggaran 125 liter minyak petrol bersama sebuah kenderaan jenis Proton Satria berpendaftaran tempatan disyaki tangki telah diubah suai.

Saspek dikesan membuat pembelian pengisian berulang kali dibeberapa stesen minyak, namun suspek menyedari diperhatikan dan diekori cuba melarikan diri, pasukan mengekori saspek sejauh 5km dan berjaya menahan seorang lelaki bukan warganegara.

Pasukan seterusnya menahan lelaki warga asing tersebut berumur lebih kurang 20an, merupakan pemegang pas sempadan, siasatan awal saspek mengaku membuat pembelian pengisian kedalam tangki ubahsuai kenderaan secara berulang di beberapa stesen minyak sekitar Rantau Panjang, Kelantan dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pemeriksaan lanjut mengesyaki tangki kenderaan telah diubahsuai, bahagian penutup tangki minyak juga diubahsuai menjadi lebih besar dan menjumpai saluran untuk mengeluarkan minyak petrol dipercayai untuk tujuan penyelewengan.

Terdahulu maklumat awam saspek mencurigakan telah membuat pembelian pengisian bahan bakar petroleum di stesen-stesen minyak sekitar Rantau Panjang, Kelantan disyaki akan dibawa ke pengkalan haram untuk diselewengkan ke negara jiran.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*