“Saya perlu kuat, tidak akan salahkan takdir…” Suami sudah tiada, anak pula menderita dirempuh lori

“Saya perlu kuat, tidak sesekali menyalahkan takdir…” Suami sudah tiada, anak pula menderita dirempuh lori.

Seorang bekas guru Kafa di Senawang di sini terpaksa memikul tanggungjawab besar untuk menjaga anak sulungnya yang kini terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya pada Mei tahun lalu.

Noorapidah Kadiman, 55, berkata, dia kini menanggung amanah untuk mengurus keluarga selepas suaminya, Nor Azhar Khamis, 56, meninggal dunia awal tahun ini akibat pendarahan dalam usus.

Noorapidah berkata, sekalipun ujian yang dihadapinya cukup berat, dia tetap reda dan tidak sesekali menyalahkan takdir yang berlaku.

“Anak sulung terlantar sakit dan suami pula telah dijemput Ilahi. Memang hiba me­ngenangkan nasib dan susah untuk menerimanya, namun saya perlu kuat,” katanya ketika ditemui di Taman Teratai, Senawang di sini.

Menceritakan kejadian yang menimpa Kamarul Faizz, Noora­pidah berkata, anak sulungnya ter­babit kemalangan di Lebuh­raya Utara Selatan dekat Pedas-Linggi.

“Ketika itu Kamarul dalam perjalanan balik ke kampung selepas mendapat cuti raya untuk menjenguk nenek di Johor, tetapi motosikal yang ditungganginya telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori.

“Kamarul mengalami kecederaan teruk dengan patah di bahu kanan, tulang punggung kiri dan patah tangan kiri,” katanya.

Dalam pada itu, dia berharap agar pihak Pertubuhan Kese­lamatan Sosial (Perkeso) dapat mempertimbangkan pemberian pampasan kepada Kamarul Faizz atas hilang upaya bekerja.

“Segala permohonan telahpun dibuat, namun sehingga kini tiada jawapan,” katanya.

Sementara itu, mereka yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya menerusi akaun Bank Rakyat, 221121279685 atas nama Noorapidah atau menghubungi di nombor 017-3640159.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*