“Dahlah tak mandi seharian…” Suami buntu bini pemalas! Kerja rumah tak buat, cuma pandai shopping online saja

“Dahlah tak mandi seharian…” Suami buntu bini pemalas! Kerja rumah tak buat, cuma pandai shopping online saja.

Ujian dalam perkahwinan merupakan lumrah yang perlu dihadapi oleh suami dan isteri.

Terbaharu, seorang lelaki tampil membuat luahan di laman Facebook selepas dia buntu untuk menegur sikap buruk isterinya.

Menurut lelaki itu, isterinya merupakan suri rumah yang diberikan elaun bulanan, namun gagal melaksakan tugas dalam rumah tangga sehingga memberi tekanan kepadanya.

Saya seorang suami bergaji RM3,500, mempunyai seorang isteri dan dua anak. Isteri saya tidak bekerja, setiap bulan saya akan beri RM500 khas untuk keperluan dia sahaja. Segala komitmen dan bil saya tanggung.

“Barang dapur semua saya yang akan bayar. Saya tidak kisah tentang itu. Cuma sikap boros isteri saya kadang kala agak merimaskan saya. Bukan itu sahaja, isteri saya sangat jarang masak dan buat kerja rumah.

“Ya saya faham kerja rumah bukan tugas isteri katanya. Dia duduk layan Netflix, kadang tak mandi seharian, tapi bila keluar jalan-jalan sangat bergaya. Makan pula cuma order Grab dan Foodpanda. Setiap hari scroll Shopee,” ujarnya.

Tambah lelaki itu, isterinya juga malas untuk menguruskan tugas-tugas asas sehingga tergamak membiarkan rumah berada dalam keadaan kotor.

Malah, isterinya juga bagaikan goyang kaki kerana tugas-tugas lain telah diuruskan olehnya setiap hari.

“Kain baju kadang-kadang saya hantar dobi. Anak-anak pergi sekolah saya hantar dan jemput balik. Balik kerja tengok rumah tak berkemas. Jarang mop dan bersawang. Nak kata ada anak kecil di rumah, tak ada.

Turut baca :

“Duit belanja saya bagi tak pernah cukup. Saya bukanlah nak suruh dia cari duit sendiri tapi kalau dia tak boleh tolong saya buat kerja rumah, why not dia cari duit sendiri untuk puaskan nafsu boros dia? Bukan untuk saya.

“Saya pun tak mampu la nak bagi lebih daripada itu. Sekarang ramai je saya tengok suri rumah yang suka cari duit sambil duduk di rumah sahaja,” luahnya lagi.

Dia yang buntu untuk menegur isterinya mengakui terpaksa menggunakan medium Facebook bagi bertanyakan nasihat orang awam serta solusi bagi masalah yang sedang dihadapi.

“Saya tak kisah kalau dia tak nak cari duit, tapi kadang-kadang saya letih balik kerja hadap kerja rumah pula. Tak minta buat semua kerja or perfect.

“Dia masak dan pastikan lantai rumah clear berkemas jadilah buat mata dan perut saya ni sejuk. Benda lain saya boleh uruskan.

“Minta semua bagi cadangan apa saya perlu buat. Cuma saya ingin meluahkan di group Facebook ini dan meminta pendapat daripada semua bagaimana cara untuk menegur isteri kita tanpa dia memberontak?

“Sebab saya dah cuba slow talk dengan isteri saya tapi akhirnya merajuk berhari-hari,” ujarnya lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*