Kejamnya! Mayat wanita tanpa kepala, tangan serta kaki ditemui dalam tong sampah

Kejamnya! Mayat wanita tanpa kepala, tangan serta kaki ditemui dalam tong sampah.

Kejam dan tak berperikemanusiaan, hanya itulah yang mampu diungkapkan terhadap kes penemuan mayat wanita tanpa kepala dan kedua-dua belah tangan serta kaki di dalam tong sampah di longkang jalan besar Alor Gajah-Tampin, Melaka pada akhir bulan lalu.

Hasil siasatan awal penemuan mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dengan anggota badannya iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong sebelum disumbat di dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di tepi jalan berhampiran Kampung Rimau dekat Pulau Sebang, Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mayat tidak cukup anggota badan dan tanpa pakaian serta identiti itu ditemui pada 31 Disember lalu, kira-kira pukul 2 petang.

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu pihaknya menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan mayat dihantar dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

“Hanya bahagian badan ditemui dengan kepala, kedua tangan dan kaki dari paras lutut ke bawah dipercayai dipotong selain terdapat sehelai kain merah di bawah mayat.

“Tiada sebarang identiti ditemui pada mayat yang dianggarkan berusia 20-an hingga 30-an, namun pakar patalogi mengesahkan mangsa seorang wanita,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut Arshad, mayat ditemui dalam keadaan mereput dan sudah kering serta disyaki meninggal dunia antara tujuh hingga 10 hari ketika ditemui.

Turut baca :

“Polis turut menjalankan ujian DNA ke atas dua kes orang hilang dalam tempoh sebulan lalu, namun keputusannya negatif.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, sehubungan itu pihaknya menyeru kepada mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga terdekat mahupun individu yang dikenali ataupun mempunyai maklumat berkenaan kejadian tampil menyalurkan maklumat.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus di talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah ditalian 06-5562222 ataupun Pegawai Penyiasat Kanan Deputi Superintendan Mohd Ali Hanafiah Hasim di talian 019-9536277.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*