{VIDEO} “Bila hati dah panas, inilah jadinya…” Sempat tunjuk jari tengah sebelum ‘larikan’ anggota Jabatan Pengangkutan

“Bila hati dah panas, inilah jadinya…” Sempat tunjuk jari tengah sebelum ‘larikan’ anggota Jabatan Pengangkutan .

Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Indonesia berdepan dengan detik menakutkan selepas dia terpaksa berpaut pada di atas bonet depan selepas ‘dilarikan’ sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Avanza dari Setiabudi, Jakarta Selatan ke Menteng, Jakarta, Indonesia pada Rabu lalu.

Difahamkan, pemandu tersebut bertindak sedemikian selepas enggan memberhentikan kenderaan untuk diperiksa.

Ketua Perkhidmatan Pengangkutan Jakarta, Syafrin Liputo berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 1 petang hari Rabu ketika anggotanya sedang bertugas memantau kawasan tempat letak kenderaan secara haram di Setiabudi, Jakarta Selatan.

Beliau berkata, secara tiba-tiba seorang pemandu Avanza berwarna merah bertindak menunjukkan isyarat lucah dengan mengangkat jari tengah sambil merakam aksi anggotanya yang sedang bertugas.

Turut baca :

“Pemandu Avanza telah memandu di lokasi kejadian sebanyak empat kali sambil menunjukkan jari tengah ke arah anggota bertugas,” katanya.

Tambah Syafrin, dalam pukul 3.30 petang, beberapa anggota cuba memberhentikan kereta tersebut dan bertanya mengapa pemandu bertindak berulang-alik di lokasi kejadian sambil menunjukkan jari tengah.

Bagaimanapun pemandu Avanza enggan memberi kerjasama dengan melarikan diri sehingga hampir melanggar anggota bertugas.

Salah seorang anggota terpaksa berpaut ke atas bonet kereta Avanza bagi menyelamatkan diri daripada dilanggar.

Jelasnya, pemandu Avanza juga hampir melanggar seorang penunggang motosikal kerana tidak memberhentikan kenderaaan.

Katanya, kejadian tersebut berakhir apabila dua orang awam membantu mengejar sekali gus dapat memberhentikan pemandu Avanza di kawasan Meteng.

“Pemandu Avanza telah dibawa ke Balai Polis Setiabudi dan masalah telah diselesaikan secara baik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*