{VIDEO} “Nak u’turn tengoklah dulu…” Lelaki putus kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan ngeri

“Nak u’turn tengoklah dulu…” Lelaki putus kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan ngeri

Seorang penunggang motosikal lelaki putus kaki kanannya selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di bandar El Doncello dekat Columbia pada Isnin lalu.

Kemalangan yang berlaku pada hari pertama 2024 turut mengundang perbualan ramai kerana insiden itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis berhampiran.

Memetik laporan media antarabangsa, Vanguardia.com, kejadian itu berlaku pada pukul 10.32 pagi.

Difahamkan, penunggang motosikal tersebut dilihat menunggang motosikal dengan laju di jalan yang lurus sebelum sebuah kenderaan jenis Chevrolet tiba-tiba membuat pusingan U di jalan tersebut.

Mangsa tidak sempat mengelak dan merempuh bahagian sisi kereta berkenaan.

Impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan lelaki itu terpelanting ke tengah-tengah jalan.

Lebih mengerikan lagi, kaki kanannya melekat di bumper depan kereta tersebut.

Mangsa yang kesakitan diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*