“Jangan nak untung atas angin”,tegas DBKL

“Jangan nak untung atas angin”,tegas DBKL.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan kompaun terhadap sebuah premis di Jalan Mega Mendung, di sini, semalam kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit bekerja yang sah.

Menurut satu kenyataannya, tindakan penguatkuasaan diambil dengan mengeluarkan dua notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Penempatan Makanan (WPKL) 2016 (1)(b) terhadap premis berkenaan.

"Jangan nak untung atas angin",tegas DBKL

“Isu pemilik perniagaan warga tempatan menggajikan warga asing telah lama diperkatakan. Lebih buruk lagi warga asing yang digajikan tidak mempunyai permit bekerja.

“Walau apa pun alasannya, peraturan perlulah dipatuhi. Jika melibatkan pekerja warga asing perlulah dengan permit yang sah,” katanya.

Tegas DBKL lagi, pemilik premis juga dinasihatkan supaya tidak mengutamakan untung semata-mata dengan meminjamkan lesen kepada warga asing.

“Paling penting jangan pula nak untung atas angin dengan ‘mengali babakan’ lesen kepada warga asing,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*