Khairin Nisa ‘dedah’ miskin tegar Melayu di Johor 10 kali ganda berbanding Cina, India.
Jumlah miskin tegar dalam kalangan orang Melayu di negeri ini adalah 10 kali ganda berbanding kaum Cina dan India.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin Nisa Ismail berkata, miskin tegar Melayu adalah seramai 3,926 orang; Cina (305 orang); India (390 orang) manakala lain-lain seramai 105 orang.
Menurutnya, jumlah keseluruhan individu miskin tegar di negeri ini adalah seramai 4,726 orang berdasarkan data sistem e-Kasih.
“Bagi kaum Melayu, Batu Pahat merupakan daerah yang mempunyai kadar miskin tegar tertinggi dengan jumlah 777 orang, manakala bagi kaum Cina dan India, daerah tertinggi adalah di Johor Bahru, masing-masing seramai 90 dan 138 orang.
Turut baca
- Satu stesen ‘terkejut’ dengar wanita menjerit setelah jatuh dari keretapi sedang bergerak laju
- Pilu !!! Jenazah tiga beranak mati berpelukan selamat dikebumikan satu liang
- Kawan dedah sikap ‘pelik’ mangsa tiga beranak mati berpelukan
“Bagi kaum lain yang terdiri daripada etnik Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah seramai 48 orang di Johor Bahru,” katanya menjawab soalan Datuk Samsolbari Jamali (BN-Semarang tentang jumlah rakyat Johor yang didaftarkan dalam senarai e-Kasih serta pecahannya mengikut kaum dan daerah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Katanya, jumlah keseluruhan Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah disahkan dan berdaftar dalam sistem e-Kasih di negeri ini hingga 31 Mei 2022 adalah seramai 20,790 orang.
Khairin Nisa memberitahu, Yayasan Pembangunan Wanita dan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) akan memperluaskan kerjasama dengan agensi dan badan berkaitan pembangunan usahawan bagi membantu dan memudah cara golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah dalam mengembangkan perniagaan yang dilakukan dari rumah.
“YPKDT juga sentiasa membantu golongan berpendapatan rendah yang berpotensi berniaga dengan menyediakan platform perniagaan dan pemasaran produk menerusi pelbagai platform seperti Bazar Suri bagi memasar dan mempromosikan produk usahawan wanita berpendapatan rendah, ibu tunggal dan kumpulan sasar,” jelasnya.
Leave a Reply