Pembekalan beras negara: SPRM ‘masuk’ jika ada unsur rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan akan segera ‘masuk’ menyiasat sekiranya mengesan kepincangan dalam isu pembekalan beras negara.

Jaminan itu diberikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang berkata unsur rasuah dalam isu berkenaan akan diteliti sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Saya memberi jaminan sekiranya terdapat pihak yang terbabit dalam unsur rasuah dalam pembekalan beras, kita akan mengambil tindakan,” katanya selepas Program Menembak SPRM Bersama Media sempena Ulang Tahun SPRM ke-56.

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini SPRM tidak menerima laporan berhubung salah laku dan unsur rasuah berkaitan isu itu.

Azam berkata demikian ketika ditanya mengenai ‘hanky-panky’ dalam pembekalan beras negara termasuk kemungkinan salah laku oleh penguat kuasa yang terbabit.

Kelmarin BH melaporkan, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) memberi jaminan bekalan beras putih mencukupi bagi mengisi keperluan rakyat negara ini, di tengah-tengah kegusaran orang ramai untuk mendapatkan barang keperluan itu.

BERNAS juga memaklumkan pihaknya menyalurkan sebanyak 630,000 tan metrik beras putih pada Januari hingga Ogos lalu.

Namun orang ramai ketiga ini bergelut untuk mendapatkan beras di pasaran dan terdapat dakwaan, kemungkinan makanan ruji masyarakat negara itu disorok pihak tertentu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*