Rasuah buku J-Qaf: SPRM terima pelbagai bukti baharu

KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima pelbagai bukti baharu mengenai siasatan kes rasuah bekas satu projek Kementerian Pendidikan berkaitan rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah membabitkan lebih RM80 juta.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan lanjut berkaitan kes ini sedang dijalankan pihaknya.

“Berhubung pemanggilan beliau (Radzi), saya serah kepada pegawai penyiasat (SPRM).

“Banyak bukti baharu yang dikumpulkan. Kita masih teruskan siasatan dan bagi masa kita siasat,” katanya kepada pemberita selepas Program Menembak SPRM Bersama Media di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia di sini hari semalam.

Minggu lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya turut mengesahkan penahanan reman dua individu termasuk bekas setiausaha politik hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

Suspek pertama berusia dalam lingkungan 20-an yang juga bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan manakala suspek kedua ialah pemilik syarikat berusia lewat 50-an.

Susulan itu, SPRM mengesahkan akan memanggil Mohd. Radzi untuk siasatan lanjut pada 24 September lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*