“Tak sangka doa dimakbulkan…” Wanita minat ‘lelaki berbulu’ temui jodoh

“Tak sangka doa dimakbulkan…” Wanita minat ‘lelaki berbulu’ temui jodoh.

Setiap orang yang mencari pasangan hidup pastinya mnempunyai kriteria idaman mereka. Nak yang begitu mahupun begini pasti ada sebab tersendiri.

Sama juga dengan seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Farhah ini apabila pernah meluahkan hasrat untuk mencari calon suami berwajah Hindustan serta miliki banyak bulu hingga tular suatu ketika dulu.

Bagaimanapun, siapa sangka selepas setahun melakukan pencarian wanita berkenaan akhirnya bertemu dengan seseorang yang menepati kriteria yang dia inginkan.

Farhah memaklumkan bahawa dia dan suami telah selamat disatukan pada 11 Jun lalu.

“Alhamdulillah, saya dipertemukan jodoh. Suami muka macam Hindustan dan banyak bulu. Dia rakyat Malaysia, lelaki India dan beragama Islam,” ujarnya.

Wanita berusia 28 tahun itu juga mengakui bahawa sejak dulu sememangnya tertarik dengan lelaki yang mempunyai wajah Hindustan dan banyak bulu. Jadi tidak hairan jika lelaki berwajah ‘jambu’ akan ditolaknya.

Menurutnya, sejak dalam kandungan lagi arwah ibunya sering menghabiskan masa dengan menonton drama dan filem Tamil mahupun Hindi.

“Saya tak kisah berkawan dengan mana-mana lelaki asalkan baik dan menghormati orang lain. Tapi dalam kehidupan, setiap orang pasti mempunyai ciri-ciri pilihan.

“Sukar untuk saya jelaskan kenapa suka lelaki muka Hindustan dan berbulu. Tapi saya tahu Tuhan bagi saya rasa untuk menetapkan pilihan,” katanya.

Farhah turut memaklumkan bahawa dia menerima bnayak mesej secara langsung (DM) yang mahu berkenalan dengannya selepas membuat ciapan untuk mencari jodoh.

Turut baca

“Lebih 300 DM diterima dan kebanyakkannya tidak menepati kriteria yang saya mahukan seperti muka Hindustan dab berbulu. Kalau ada, tak serius pula,” ujarnya.

Meskipun begitu, selepas tiga bulan ciapan dibuat, seorang jejak dari Port Dickson telah berjaya menambat hatinya.

“Kami pertama kali jumpa selepas empat bulan kenal bila dia datang ke rumah jumpa mak ayah saya. Beberapa minggu selepas itu barulah saya berjumpa dengan keluarganya pula,” kongsinya.

Dalam pada itu, Farhah turut bersyukur apabila hubungannya direstu ibu bapa selain suaminya disifatkan sebagai seorang memahami dan penyayang oleh orang tuanya.

“Saya gembira sangat Tuhan dengar pilihan hati saya. Tapi saya sedih sebab umi dah tak ada, dia meninggal dunia kerana paru-paru berair pada Januari 2021.

“Tapi saya ingat nasihat umi carilah lelaki yang beragama Islam dan boleh menerima saya seadanya,” kongsinya lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*