Seorang ibu secara tidak sengaja menjadi saksi anaknya dibuli semasa mengambil kanak-kanak tersebut di sekolah.
Menurut sebuah klip video yang dimuat naik Erda Rahman di akaun TikTok miliknya memaparkan, seorang kanak-kanak duduk di kerusi penumpang dan sedang menahan sakit.
“Bila kes buli di sekolah semakin teruk macam inilah jadinya. Dia kena pukul dengan dua orang budak, cekik dan tumbuk berkali-kali,” katanya.
Luluh hati melihat pemandangan sebegitu rupa, Erda Rahman tidak dapat menahan sebak dan segera membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan.
“Bila berlaku depan mata, air mata ibu mana yang tak menitis. Terus bawa naik kereta untuk ke hospital sebab dia jadi sesak nafas dan sakit dada.
“Dia tak nak, tapi ibu pujuk bawa pergi tempat kerja ayah dan terus bawa ayah dia sekali pergi kecemasan. Alhamdulillah, tiada lebam dalaman,” ujarnya.
Jelasnya, selepas kejadian tersebut anaknya mengalami trauma dan tidak mahu ke sekolah.
“Dia jadi trauma dan tak nak ke sekolah. Perlahan-lahan pujuk suruh pergi sekolah. Ibu terpaksa suruh awak pergi sekolah sebab tak nak awak jadi penakut,” katanya menerusi ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mencadangkan ibu mangsa supaya melaporkan hal tersebut kepada pihak berwajib.
“Bawa pergi polis. Laporan perubatan kasi lengkap. Pembuli harus diajar pakai undang-undang,” kata Putra Nasihin.
“Bangun adik, bangun. Belajar silat seni mempertahankan diri, agama kita. Buktikan pada mereka adik juga anak jantan ayah adik,” ciap Faiz.
Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 100,000 tontonan dan 4,825 tanda suka.
Leave a Reply