Gara-gara nak kaya, bapa termakan cakap bomoh setubuhi anak, tanam 7 bayi hidup-hidup

Gara nak jadi kaya, seorang bapa sanggup melakukan hubungan sumbang mahram bersama anak kandungnya berusia 14 tahun selepas bertemu seorang bomoh.

Ketua Polis Banyumas, Komisaris Besar Edy Suranta Sitepu berkata, suspek, Rudi pernah merantau ke Klaten, Jawa Tengah, Indonesia dan bertemu dengan bomoh tersebut pada 2011.

Menurutnya, bomoh itu menasihatinya agar melakukan persetubuhan dengan anak kandungnya sendiri sekiranya ingin menjadi kaya.

“Bukan itu sahaja, jika anak itu hamil dan melahirkan anak, maka bayi hasil hubungan terlarang tersebut perlu ditanam hidup-hidup.

“Ritual ini perlu dilakukan tujuh kali berturut-turut agar ia berhasil dan itu yang dilakukan oleh Rudi,” katanya pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan, pihak polis mendedahkan seorang bapa didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan anaknya dan seterusnya membunuh kesemua bayi yang dilahirkan dengan menekap hidung mereka menggunakan kain sehingga mati.

Anak beranak itu ditahan polis selepas penduduk setempat menemukan beberapa rangka bayi di kebun ketika melakukan proses meratakan tanah.

Hasil siasatan lanjut mendapati anak perempuan Rudi sudah pun melahirkan tujuh orang anak, namun kesemuanya mati dibunuh.

“Bapa dan anak itu memberitahu, mereka mula membunuh bayi-bayi yang dilahirkan bermula 2013 hingga 2021,” katanya.

Jurucakap polis Banyumas, Agus Supriadi memberitahu, si bapa menceritakan dia akan menekap hidung setiap bayi yang dilahirkan anaknya dengan kain sehingga mati.

“Kemudian, dia akan menanam mayat bayi berkenaan,” katanya.

Selain itu, Agus juga memberitahu, daripada tujuh bayi yang dilahirkan, lima adalah bayi lelaki, manakala dua bayi perempuan.

Tambahnya, hubungan terlarang itu juga diketahui oleh isteri suspek yang berusia 57 tahun.

“Lebih menyedihkan, isterinya turut membantu proses kelahiran semua bayi tersebut dan dia tidak berani melaporkan kepada polis kerana bimbang dibunuh suaminya,” ujar Agus.

Sementara itu, polis memaklumkan, kemungkinan terdapat lebih dari seorang suspek yang terlibat dalam kes berkenaan selepas suspek memberitahu, dia menjalin hubungan terlarang dengan anaknya selepas disuruh oleh bomoh yang juga digelar ‘guru agama’.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*