Kemalangan ngeri di LPT2 : Setelah kedua ibu bapa kini seorang anak pula meninggal

KUALA TERENGGANU – Seorang lagi mangsa kemalangan di Kilometer 267.2, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Cheneh, semalam, meninggal dunia, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, Raudhatul Khayra Mohd Riduan, 3, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTASA) Kuantan, 9.30 pagi tadi.

Menurutnya, kematian mangsa disahkan oleh bapa saudara mangsa yang berada di HTAA manakala abangnya, Muhammad Uwais Wafiuddin Mohd Riduan, 8, yang cedera masih diberi rawatan di hospital yang sama.

Dalam kejadian semalam, kedua-dua ibu bapa Raudhatul Khayra iaitu, Zahidah Hanisah Mohamad,35, dan Mohd Riduan Mohd Yaacob,35, maut dalam kemalangan itu.

Ketika kejadian, empat beranak itu dalam perjalanan dari Kuantan untuk pulang ke rumah di Kampung Sekati Kuala Terengganu.

Setibanya ditempat kejadian, kereta dipandu suami mangsa dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar besi penghadang lalu berpusing dan terbalik di tengah lebuh raya.

Suami isteri itu dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sebelum meninggal di tempat kejadian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*