{VIDEO} Orang awam gadai nyawa selamatkan pemandu wanita hampir terbakar dalam Myvi dipuji

Orang awam sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan seorang pemandu yang terperangkap di dalam kereta yang sedang marak di jilat api, dalam satu kejadian di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Rabu lalu.

Kejadian yang difahamkan berlaku di Pulau Pinang itu berjaya dirakam pengguna jalan raya lain yang melalui laluan tersebut.

Video tular itu kemudian dimuat naik di laman Twitter pada Jumaat.

Berdasarkan rakaman, kelihatan beberapa orang awam bertungkus lumus mengeluarkan pemandu yang terperangkap dalam kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih.

Mereka pada awalnya dilihat mengalami sedikit kesukaran untuk mengeluarkan wanita berkenaan.

Setelah berjaya diselamatkan, mereka meletakkan mangsa yang dipercayai berada dalam keadaan terkejut itu di tepi jalan.

Rata-rata warga maya yang menonton video itu kagum dengan tindakan pantas dan keberanian rakyat Malaysia.

“Mereka semua adalah hero yang sebenar,” kata Premi Sharma.

“Faith in humanity restored,” tulis The Professor.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*