{VIDEO} “Mungkin dia sakit…” Aksi pasangan berpelukan atas RXZ bergerak undang tanda tanya

Dua individu dipercayai pasangan kekasih dirakam saling berpelukan ketika menunggang motosikal di sebuah jalan raya pada Rabu.

Punca dan lokasi kejadian belum diketahui setakat ini namun melihatkan raut wajah perempuan itu yang kelihatan sedang bersedih, mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan warganet yang menganggap ia sebagai drama percintaan.

Dikongsikan di laman Twitter, video tersebut menerima kecaman ramai dengan perbuatan itu dikatakan boleh menyebabkan kemalangan.

Meraih lebih 20,000 jumlah tontonan, rata-rata netizen menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap kedua-dua individu terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

“Hang (awak) kalau tak boleh buat macam ini, hang tak ‘king’, naik RXZ bawa awek lagu (macam) itu.

“Ini memang ‘champion’ namanya,” ujar si perakam dalam loghat utara yang memberi petunjuk kemungkinan besar kejadian itu berlaku di utara tanah air.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*