{VIDEO} Tetap beri makanan pada suami walaupun marah, gelagat isteri ‘muka ketat’ ini cuit hati

Dalam sesebuah hubungan rumah tangga pasti ada pasang surutnya

Tipulah kalau nak cakap semuanya bahagia dan baik-baik belaka saja betul tak? Salah faham atau pergaduhan pasti akan berlaku. Namun, itu jugalah yang membuatkan hubungan suami isteri semakin rapat.

Kebiasaannya, jika pasangan marah mestilah salah seorang akan datang memujuk bagi pergaduhan itu tidak berpanjangan. Kaum lelaki lah yang selalunya melakukan perkara berkenaan untuk menawan semula hati pasangan mereka.

Iyalah, orang kata perempuan ini ego sedikit, jadi memang suka jika lelaki yang memulakan langkah dulu.

Tetapi, berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila gelagat seorang isteri tetap memberikan makanan kepada si suami walaupun dalam keadaan marah telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Tetap berikan makanan walaupun tengah merajuk dengan suami

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi situasi semasa isterinya datang untuk berjumpanya.

Difahamkan, isterinya itu telah merajuk dengannya atas sebab yang tidak diketahui. Namun, wanita itu kemudian datang dengan membawakan beg berisi makanan buat suaminya.

Lebih mencuit hati lagi, mukanya tetap sedang ‘marah’ walaupun sedang menghantar bekalan itu kepada si suami.

“Dia bukan tahan marah saja. Dia tahan nafas sekali takut tergelak” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan berdekah melihat gelagat pasangan berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 998.9K views, 76.1K likes dan 1,504 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*