Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ dan seorang pegawai SPRM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini atas dua pertuduhan rasuah yang melibatkan dakwaan dorongan supaya anak bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin tidak direman suruhanjaya antirasuah itu.
‘Datuk Roy’ yang nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir dan Mohd Rasyidi Mohd Said membuat pengakuan tidak bersalah dan meminta dibicarakan terhadap pertuduhan mahkamah.
Mereka didakwa bersama-sama secara rasuah meminta untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain suatu suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Siti Dalena Berhan, 47, sebagai dorongan untuk tidak menahan reman Fakhri Yassin Mahiaddin semasa siasatan pihak SPRM.
Difahamkan, Fakhri Yassin tidak pernah ditahan SPRM.
Satu pertuduhan didakwa meminta wang tunai RM400,000 manakala pertuduhan kedua disebut menerima tunai RM240,000.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dua restoran berasingan di Kuala Lumpur antara 5 dan 6 Mac awal tahun ini.
Jika sabit kesalahan bagi mana-mana dua pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta yang sama maka Hussein, 53, dan Rasyidi, 42, boleh dihukum penjara penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah yang terlibat dalam kesalahan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Hakim Azura Alwi kemudian membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen lain di Kuala Lumpur, dengan Hussein dijangka menghadapi satu lagi pertuduhan.
Pada 13 Mac, “Datuk Roy” (gambar, atas) ditahan selepas menyerah diri kepada SPRM selepas dia dikehendaki untuk membantu siasatan kes skim Jana Wibawa.
Dia kemudian dikenakan perintah reman beberapa kali oleh mahkamah majistret bagi.
Pihak berkuasa setakat ini sudah mendakwa tiga ahli politik – termasuk bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan – berhubung skim Jana Wibawa.
Skim Jana Wibawa asalnya dilancarkan kerajaan pada 2020 sebagai satu cara untuk membantu kontraktor bumiputera yang terjejas semasa pandemik Covid-19.
Turut baca : Wang ‘terima kasih’, bekas pengarah jabatan air dibayar RM1.35 juta
Leave a Reply