Kecoh !!! Video pemain rai kejayaan di kelab malam tular.
Satu video memaparkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023, dipercayai berlaku di kelab malam, tular di media sosial.
Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tersebar di media sosial dan WhatsApp, antara pemain dilihat berada dalam video itu adalah Junior Eldstal, La’Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok.
Namun, apa yang menjadi perhatian dan dipersoalkan netizen adalah mereka mendakwa terdapat seorang pemain beragama Islam turut kelihatan dalam video itu dan sedang memegang sesuatu di tangan dipercayai rokok.
#BHsukan Satu video tular memaparkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang dipercayai berlaku di kelab malam pic.twitter.com/03V0n8tfmH
— Berita Harian (@bharianmy) June 15, 2022
Junior seperti yang dilaporkan portal HarimauMalaya berkata: “Saya tahu ramai salah faham dengan video tersebut terutamanya di sini (Malaysia) yang boleh memperlihatkan tidak baik.
“Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu, tetapi terdapat pemain-pemain bukan Muslim bersama.
“Apabila sesuatu yang berlaku seperti ini iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya,” katanya.
Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas menewaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Turut baca
Leave a Reply