{VIDEO} “Perginya tidak disangka…” Gadis sebak ‘borak’ bersama jasad kekasih untuk kali terakhir

“Perginya tidak disangka…” Gadis sebak ‘borak’ bersama jasad kekasih untuk kali terakhir.

Sebelum ini, Indonesia dikejutkan dengan khabar duka akan anak kepada Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil iaitu Emmeril Khan Mumtadz yang dikatakan maut selepas dibawa arus sungai ketika mandi di Sungai Aare, Bern, Switzerland.

Difahamkan, sepanjang seminggu misi pencarian di sana, tiada sebarang penemuan hingga membuatkan keluarga berkenaan reda dan pulang ke Indonesia.

Bagaimanapun, selepas 14 hari kehilangan arwah, jasad pemuda berkenaan ditemui kira-kira jam 6.05 pagi di empangan berhampiran oleh seorang penduduk di sana.

Malah, semalam mayat arwah dikatakan telah selamat tiba di Indonesia dan proses pengebumian juga telah dilaksanakan.

Kehilangan itu bukan sahaja menyedihkan ahli keluarga namun juga kekasih hati Eril iaitu Nabila Isham Nurhabibah malah gelagat gadis itu menjadi perhatian ramai selepas terlihat sedih serta berbicara di sisi Allahyarham ketika mengunjungi loksi ‘penghormatan terakhir’.

Bukan itu sahaja, ketibaan jasad Allahyarham di Indonesia juga disambut ramai warga di sana bagi menghormati pemgerian tidak disangka-sangka itu.

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*