“Masih ada yang percaya…” Gagal hentikan hujan di konsert, pawang hujan digelar ‘penipu’

“Masih ada yang percaya…” Gagal hentikan hujan di konsert, pawang hujan digelar ‘penipu’.

Masih ada yang ingat akan pawang hujan di Indonesia yang mencuri tumpuan ramai selepas dikatakan berjaya menghentikan hujan ketika perlumbaan MotorGP beberapa bulan lalu?

Terbaru, Rara Isti Wulandri atau lebih mesra dengan panggilan Mbak Rara kini dianggap sebagai pawang yang memalukan negara Indonesia selepas kegagalan menghentikan hujan pada satu acara konsert.

Menurut laporan, Mbak Rara kelihatan membuat penampilan pada salah sebuah konsert dan disyaki sengaja dijemput ke majlis berkenaan sebagai pengendali hujan.

Dalam video yang dimuat naik di akaun Instagram @fact.indo memaparkan akan kegagalan Mbak Rara dalam menghentikan hujan.

Menerusi video berkenaan dapat dilihat Mbak Rara sedang menari pada awalnya, namun tidak lama selepas itu tiba-tiba hujan turun dan sebahagian pengunjung kelihatan memakai baju hujan.

Rata-rata warganet seakan menyelar tindakan pawang berkenaan. Malah mereka turut berpendapat agar tidak mempercayai perkara syirik seperti itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*