Gempa bumi Turkiye : Bapa, anak bersatu semula selepas terpisah undang sebak. Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Gada Ayyan, dan bapanya, Ahmet Ayyan disatukan semula selepas tertimbus dalam sisa runtuhan yang pernah menjadi kediaman mereka di selatan Turkiye, lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Kedua-duanya terperangkap bersama apabila rumah mereka runtuh dalam gempa bumi yang kini diketahui telah mengorbankan lebih 46,000 orang.
Mereka kemudian menghadapi beberapa hari yang menyedihkan apabila Gada dibawa ke hospital selepas diselamatkan.
“Apabila bumi mula bergegar, saya memegang anak perempuan dan seluruh keluarga saya mula melarikan diri. Bangunan itu runtuh dan menimpa kami semua,” katanya.
Isteri dan anak lelaki Ahmet bagaimanapun gagal diselamatkan.
Menurut lelaki berkenaan, dia dapat mendengar suara tangisan anaknya semasa tersepit dan mendapati Gada berada di sebelahnya.
Gada pertama kali ditarik keluar dalam keadaan hampir tidak mempunyai kesan calar pada badannya. Setengah jam kemudian, pasukan penyelamat dapat menemui Ahmet.
“Gada membuatkan saya terus hidup. Dia bercakap mengenai semangat berterusan selama berhari-hari di bawah runtuhan. Itu anak perempuan saya. Dia adalah wirawati saya,” kata Ahmet.
Leave a Reply