Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) melancarkan Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 berjumlah RM2 juta
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, dana berkenaan untuk manfaat 2,000 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana bagi pemfailan komponen harta intelek.
Katanya, kemudahan dana, merangkumi pembiayaan fi bagi kesemua pemfailan komponen harta intelek termasuk kos bagi kerja yang memerlukan khidmat profesional dan teknikal seperti pendrafan paten.
Beliau berkata, menerusinya kerajaan juga akan membiayai kos pemfailan cap dagangan, hak cipta, dan reka bentuk perindustrian.
- Turut baca : Syarikat Touch ‘n Go diarah ambil 6 tindakan segera
“Ini akan memberikan suatu peluang bagi mereka mengkomersialkan karya mereka dan ini penting supaya harta intelek tempatan bukan sekadar dapat dilindungi oleh undang-undang tetapi hak mereka itu akan dapat memberi jaminan kepada generasi yang akan datang,” katanya.
Beliau turut menasihatkan penggiat seni yang masih belum mendaftarkan hasil karya masing-masing, untuk tampil dan berurusan dengan MyIPO.
MyIPO pada tahun lalu menerima lebih 329,000 permohonan harta intelek dari dalam dan luar negara.
Leave a Reply