Rafizi ‘respon’ kontroversi babit isu harga barang

Rafizi ‘respon’ kontroversi babit isu harga barang. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini tampil menjawab kritikan terhadapnya susulan kenyataan baru-baru ini yang menasihatkan pengguna untuk tidak membeli barangan dari peniaga yang menjual melebihi harga purata.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau tidak akan lari dari kontroversi jika perkara itu boleh menyelesaikan masalah.

“Saya tidak pernah lari dari perkara kontroversi jika itu menyelesaikan masalah.

“Masa saya bercakap mengenai Azmin Ali tahun 2016, penyokong Pakatan Harapan maki.

“Masa saya cakap PH perlu fokus menang lebih 80 kerusi utk jadi blok terbesar Mac 2022, semua gelak dkt saya. Soal harga pun sama,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, beliau menjawab isu tersebut dengan menyenaraikan langkah-langkah jangka sederhana dan panjang di Twitter.

Bagi menyelesaikan masalah kata Rafizi, semua pihak perlu pastikan eksosistem harga barang lebih anjal.

“Kerajaan akan perbaiki rantaian bekalan untuk hentikan monopoli, kawalan harga tanpa ganggu kelangsungan bekalan dan pelaburan berskala tinggi.

“Kita juga perlu suntik keanjalan dalam permintaan sebagai satu lagi mekanisme kawalan harga.

“Kerajaan banyak data harga yang boleh digunakan rakyat, Insya Allah sedikit demi sedikit kita kembalikan kuasa pengguna,” tambahnya dalam ciapan tersebut.

Rafizi dalam sidang medianya baru-baru ini menyentuh tentang usaha kerajaan untuk mengawal inflasi antaranya rancang langkah jangka sederhana dan panjang, baiki keanjalan saling-kait harga dan bekalan serta membangunkan eko-sistem digital berasaskan data harga.

Pada masa sama, beliau juga mengutarakan usaha yang boleh digerakkan rakyat bagi sama sama membantu kawal inflasi antaranya gunakan kuasa untuk tekan harga lebih rendah dengan cara menjauhi peniaga yang menawar harga terlalu tinggi, tangkas bertindak balas kepada menaikan harga, dan gunakan kuasa untuk tekan harga lebih rendah.

Beliau menegaskan bahawa segala pertikaian daripada Perikatan Nasional akan dijawab dalam sebulan lagi dengan hujah yang akan dibentangkan satu persatu, beliau yakin rakyat yang cerdik faham soal isu ini.

Rafizi 'respon' kontroversi babit isu harga barang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*