{VIDEO} Gaduh gempar : Polis minta perakam video gaduh tampil bantu siasatan

Tular pergaduhan dua lelaki menggunakan topi keledar di Taman Klebang Jaya,Chemor di Ipoh.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mereka yang menyaksikan kejadian itu juga diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

Tarikh dan masa insiden belum dipastikan.

“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dijalankan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada Asisten Superintenden Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508.

Kes akan siasat di bawah Seksyen 160KK (gaduh gempar).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*