Kecewa duit habis dan lamaran ditolak, lelaki bunuh anak kekasih

Kecewa duit habis dan lamaran ditolak, lelaki bunuh anak kekasih.

Seorang lelaki tergamak membunuh anak teman wanitanya hanya kerana wanita itu menolak lamarannya.

Jurucakap polis, Guntur Saputro berkata, mangsa yang berusia lima tahun ditemukan mati di dalam bilik sebuah hotel di Bungo, Jambi.

Katanya, mangsa mati akibat dicekik oleh suspek yang berusia 56 tahun.

“Suspek terlalu kecewa kerana niatnya untuk berkahwin dengan ibu mangsa tidak kesampaian apabila wanita itu menolak lamarannya.

“Suspek juga memberitahu, dia sudah berhabis duit untuk wanita itu dan anaknya sepanjang menjalin hubungan dengan mereka,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

Jelas Guntur, sebelum dibunuh, suspek mengajak korban kononnya untuk membeli bunga api sebelum dia dibawa ke bilik hotel dan dicekik hingga mati.

Bedah siasat mendapati suspek juga memukul mangsa berikutan banyak kesan lebam ditemukan pada badannya.

“Selepas bunuh mangsa, suspek cuba bunuh diri dengan minum racun tikus, namunnya dia tidak mati.

“Tidak lama selepas itu, suspek terus menyerah diri ke balai polis dan menceritakan semua yang berlaku,” ujar Guntur.

Jurucakap polis itu juga memberitahu, suspek tidak pernah berkahwin dan terlalu berharap dapat mengakhiri zaman bujangnya dengan ibu mangsa sebelum lamarannya ditolak.

Selain itu, suspek juga sering mengesyaki ibu mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*