4 Syarikat korporat beri rasuah Muhyiddin RM 427.5 juta

Kertas pertuduhan bagi perbicaraan rasuah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menamakan tiga syarikat dan satu individu namun merupakan Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia yang juga Pengarah Urusan KCJ Engineering Sdn Bhd. Isnin ini akan ada lagi dalang korporat terdedah selepas pertuduhan baharu Muhyiddin dikemukakan ke mahkamah lagi.

Bukhary Equity Sdn Bhd– Syed Mokhtar

Bukhary Equity Sdn Bhd dimiliki oleh Syed Mokhtar Shah Syed Nor dan isterinya Sharifah Zarah Syed Kechik memiliki Bukhary Equity Sdn Bhd, dengan Syed Mokhtar mempunyai 99 peratus kepentingan.

Rekod syarikat menunjukkan bahawa ia adalah sebuah syarikat “pemegang pelaburan” dengan alamat di tengah-tengah Kuala Lumpur dan dalam jarak berjalan kaki dari Masjid Negara.

Alamat tersebut dikongsi oleh Perspective Lane (M) Sdn Bhd, Yayasan Al-Bukhary dan Yayasan Keamanan Global Perdana.

Semua kenal bahawa Syed Mokhtar adalah kawan dan kroni tegar Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketika menjadi MB Johor Syed Mokhtar antara individu yang paling mendapat manfaat daripada Muhyiddin.

Malah kontrak BERNAS monopoli beras pun disambung ketika PN menjadi kerajaan.

Bukhary Equity Sdn Bhd didakwa telah memasukkan RM120 juta dalam akaun bank CIMB Bersatu antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021.

Syarikat itu membuat deposit lagi sebanyak RM75 juta ke akaun bank yang sama antara 8 Feb 2022 dan 8 Julai 2022.

Kertas pertuduhan terhadap Muhyiddin menyatakan kedua-dua perbuatan itu melanggar Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama.

Apakah punca Syed Mokhtar Bukhari menyumbang kepada akaun BERSATU? Tentulah kerana Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang boleh memberikan kelulusan projek balasan kepada Syed Mokhtar semula. Tiada orang akan menyumbang tanpa balasan.

Muhyiddin menghadapi satu lagi pertuduhan menyalahgunakan jawatannya bagi suapan RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd untuk Bersatu.

Pertuduhan ini membabitkan pelanggaran Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 antara 8 Feb 2021 dan 25 Feb 2021.

Muhyiddin turut memberikan pengecualian cukai untuk Yayasan Al-Bukhary dan menuduh menuduh Lim Guan Eng bekas Menteri Kewangan membatalkan pengecualian cukai Syed Mokhtar dan beliau menyambung semula kelulusan itu kerana Syed Mokhtar kawan baiknya

“Mengenai rayuan pembatalan cukai daripada Yayasan Al Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar adalah kawan baik saya yang saya telah kenal”.

Sejarah lama memang membuktikan hubungan rapat Muhyiddin dan Syed Mokhtar misalnya isu kes tanah Stamford Holdings Sdn Bhd tahun 1988.

Bagaimanapun Lim Guan Eng menafikan tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengenai pengecualian cukai itu dan mencabar Muhyiddin membuktikannya atau akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Syed Mokhtar- Pemilikan Media Prima

Nepturis Sdn Bhd

Nepturis Sdn Bhd ialah sebuah syarikat pembinaan dan kejuruteraan, meskipun rekod Suruhanjaya Syarikat menyenaraikan syarikat itu sebagai “kontraktor untuk perkhidmatan penyelenggaraan”.

Pemiliknya ialah Aliza Abdul Malek dan Rizman Akum Khan. Pada tahun kewangan 2021, syarikat itu mempunyai pendapatan RM13 juta dan memperoleh keuntungan RM1 juta.

Nepturis Sdn Bhd turut memberi rasuah dalam kes Wan Saiful Wan Jan Ketua Penerangan BERSATU, syarikat itu telah membayar bekas ketua penerangan Bersatu itu RM6.96 juta ke akaun syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd untuk mendapatkan surat anugerah daripada kerajaan persekutuan bagi projek “Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur” bernilai RM232 juta.

Timbalan Ketua Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad menantu sepupu Muhyiddin turut menerima rasuah daripada Nepturis Sdn Bhd meminta rasuah RM2 juta dan menerima rasuah RM4.1 juta daripada seorang individu bernama Lian Tian Chuan untuk membantu syarikat itu memenangi kontrak projek bernilai RM141 juta.

Mengikut kertas pertuduhan Muhyiddin, dia didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebanyak RM1 juta sebagai suapan daripada Nepturis Sdn Bhd antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Mamfor Sdn Bhd

Mamfor Sdn Bhd, sebelum ini dikenali sebagai Mamfor Construction Sdn Bhd, merupakan syarikat yang terlibat dalam pembinaan, penyewaan jentera, penyewaan premis dan “survey CCTV”.

Pengarah Syarikat ialah Shahradzi Shamsuddin dan pemilik saham syarikat ini ialah Sharani Kassim (60 peratus) diikuti Shahradzi Shamsuddin (39 peratus) dan Faezah Kassim (satu peratus).

Menurut rekod Jabatan Kerja Raya, Mamfor, pernah mendapat kontrak tender Membina dan Menyiapkan Satu (1) Blok Bangunan Gantian Empat (4) Tingkat Dan lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Sek. Keb. Kuala Paya, Segamat , Johor Darul Takzim. (NO.TAWARAN) JKR/PERS/J/SG/19/2008.

Maklumat kewangan terkini yang tersedia dengan Suruhanjaya Syarikat adalah untuk tahun 2017, yang menunjukkan syarikat itu memperoleh hasil sebanyak RM137,294 pada tahun itu dan mencatatkan keuntungan sebanyak RM312,113.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhyiddin telah menyalahgunakan jawatannya untuk dorongan RM19.5 juta daripada Mamfor Sdn Bhd antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021, untuk manfaat Bersatu.

Siapa individu politik atau korporat cina di belakang Shahradzi Shamsuddin dan Mamfor belum dapat dikenal pasti.

Azman Yusoff

Azman Yusoff, 51, merupakan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia. Beliau kini bergelar Datuk.

 

Datuk Azman Yusoff adalah Pengarah Urusan KCJ Engineering Sdn. Bhd. Dia juga merupakan ahli Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bawa kementerian KKR sejak 2019.

Syarikatnya KCJ Engineering juga banyak mendapat projek kerajaan.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Beliau juga kini Presiden Persatuan Pengilang Industri dan Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM).

Kertas pertuduhan menyatakan bahawa Muhyiddin telah menyalahgunakan jawatannya untuk dorongan RM12 juta daripada Azman untuk faedah Bersatu, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Sebagai Presiden PKBM beliau sering mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin kerana memberi projek pakej rangsangan kepada kontraktor bawah naungannya termasuk projek Jana Wibawa.

Bagaimanapun Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) pula berbeza pendapat dengan PKBM kerana mereka tidak mendapat projek kerajaan.

Presiden PKMM, Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan menyelar Projek Jana Wibawa hanya diberikan secara runding terus dan tender terpilih yang mana ia diberikan kepada kontraktor mesra PPBM sahaja.

Sumber : CS

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*