30 tahun jadi penyedal pintu, rupanya batu ini bukan ‘kaleng-kaleng’

30 tahun jadi penyedal pintu, rupanya batu ini bukan ‘kaleng-kaleng’.

Selama 30 tahun cuma dijadikan sebagai penyendal pintu rumah sahaja. Namun tidak menyangka batu yang dianggap biasa dan tiada berharga rupanya bukan sebarangan batu.

Pemiliknya seorang lelaki pada satu hari terdetik di hatinya mengatakan batu tersebut kelihatan sedikit pelik dan tidak kelihatan seperti batu-batu yang biasa dia jumpai sepanjang hidupnya.

Akhirnya lelaki yang berasal dari di Michigan, USA itu pun membuat keputusan untuk bertanyakan ahli geologi mengenai batu yang digunakannya sebagai penyendal pintu selama ini. Alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui identiti asal dan nilai ‘batu’ itu yang mencecah USD100,000! (RM422 Ribu).

Lelaki yang tidak ingin didedahkan identitinya itu berkata, dia berjumpa dengan Mona Sirbescu, Profesor dan Ahli Geologi di Universiti Central Michigan untuk memeriksa batu tersebut.

Batu Ini Bukan Berasal Dari Bumi

“Batu itu adalah batu yang paling berharga yang saya pernah pegang seumur hidup. Berharga dari segi ekonomi dan sains,” katanya menurut laporan portal Newsweek.

Turut baca

Lelaki tersebut difahamkan membeli tanah pertanian di Edmore, 48 kilometer dari barat daya Mount Pleasant pada tahun 1988.

Selama 30 tahun lebih, batu ini digunakan oleh lelaki ini sebagai penyendal pintu di rumahnya.

Batu itu diberikan oleh seorang penjual hartanah yang mendakwa melihat ada meteor jatuh dari langit di tanah itu pada tahun 1930-an.

Beberapa tahun kemudian lelaki itu pindah ke tempat lain dan batu tu masih disimpan. Dia tidak mengetahui bahawa batu itu berharga setelah melihat ada meteor melintas di langit Michigan pada Januari, yang menyebabkan gempa bumi kuat, menurut US Geological Survey.

Ketika menunjukkan batu itu kepada Mona, profesor itu terus mengetahui bahawa batu itu adalah sejenis batu yang istimewa. Setelah diuji, Mona mendapati batu meteor itu mengandungi 88 peratus nikel besi dan 12 peratus nikel yang jarang ditemui di bumi.

Susulan daripada pendedahan tersebut, Smithsonian Institution dan juga muzium mineral di Maine mahu membeli batu meteor tersebut yang kini dikenali sebagai ‘ Edmore’.

Batu ‘Edmore’ tersebut dikatakan bernilai USD100,000 iaitu lebih kurang RM422 Ribu.

Dikatakan 10% daripada hasil hasil jualan ‘batu’ tersebut diberikan kepada Universiti Central Michigan mengikut persetujuan pemiliknya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*