Warganet selongkar identiti abam bomba komen aib di FB

Seorang anggota bomba tular di media sosial selepas memuat naik komen aib di Facebook, mengulangi tindakan seorang sukarelawan polis wanita sebelum ini.

Malah, dia juga dilihat secara terbuka mempersoal pengampunan diraja sambil menggunakan bahasa kesat.

“Pengampunan dirajalah, apalah. B*t** punya walanon banyak bunyi tapi bodoh,” katanya.

Tangkap layar komentar ekstremnya tersebar sehingga warganet menyelongkar identiti individu berkenaan.

Semakan mendapati anggota beruniform berkenaan berasal dari Tanjong Malim dan merupakan bapa kepada dua anak.

Rata-rata menasihatkan agar masyarakat lebih-lebih lagi penjawat awam dan anggota beruniform tidak keterlaluan menuruti perangai buruk pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang terjebak dalam kesalahan qazaf.

“Qazaf ni hukum khas, tak boleh panjangkan walaupun ada kes mahkamah. Ikut hukum yang tuduh, yang memanjangkan tuduhan tetap kena bawa empat saksi yang melihat. Jika tidak jadi qazaf.

“Oleh itu, sebaik-baiknya elakkan diri dari komen isu ini. Jangan galak sangat sampaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong buat pengampunan penuh pun nak pertikai,” nasihat pengguna Facebook, Muhammad Fairul Al Qasas. (klik)

Kelmarin, seorang sukarelawan polis wanita di Mersing yang berusia 39 tahun itu ditahan kerana memuat naik komen di Facebook dengan niat mengaibkan secara keterlaluan.

Pemilik akaun ‘Ieyda Ibrahim’ itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang boleh disabit hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Suspek turut disiasat mengikut peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*