Warganet luah rasa kecewa hadapi PRU15

Warganet menggunakan platform media sosial untuk melahirkan keterujaan dan kekecewaan berhubung pembubaran Parlimen yang membolehkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan.

PRU15 sohorkini di Twitter beberapa minit selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen dalam satu pengumuman khas petang tadi. PRU15 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

“Parlimen dibubarkan. `Here we go’”, kata, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @Real_Rash.

Seorang lagi pengguna Twitter, @natmaurice berkata: “Walau apapun orang kata dan lakukan, mari pergi dan mengundi. Anda tidak tahu, kita mungkin menjadi penentunya,”.

@Fxashley pula menggesa orang ramai untuk mengingatkan jiran, keluarga dan rakan-rakan mereka untuk mengundi dan “menumbangkan Umno”.

“Kempen dari mulut ke mulut lebih berkesan,” katanya.

@kusanvinvin berkata, sudah sampai masanya untuk mengajar ahli politik BN dan Umno mengenai tanggungjawab dengan menolak mereka.

Ramai warganet juga mempersoalkan tindakan kerajaan mengadakan PRU15 ketika musim hujan.

“Jadi kita benar-benar akan menjalani pilihan raya umum di musim banjir. Pening kepala, pening kepala,” kata pengguna Twitter, @IzzraifHarz.

@anushaa_s pula berkata: “Kita akan menempuh musim hujan tidak lama lagi dan mereka mahu mengadakan pilihan raya dalam 60 hari?,”.

Pemimpin Umno menggesa PRU15 diadakan tahun ini tetapi dibantah parti pembangkang Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Pemimpin PH dan PN memberi alasan PRU15 perlu diadakan tahun depan kerana risiko musim hujan, situasi ekonomi, kesan pandemik dan musim perayaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*