Seorang wanita di Pattaya Timur menangis teresak-esak di tengah jalan selepas ditinggalkan teman lelakinya, menyebabkan lalu lintas terhenti sepenuhnya, lapor laman berita Thaiger semalam.
Kejadian berlalu kelmarin di Khao Noi, apabila wanita dikenali sebagai Pornpit Lekjan, 37, dilihat duduk di atas jalan dalam keadaan bersedih.
Beberapa pengguna jalan raya yang kehairanan menghampiri wanita itu untuk mengetahui keadaannya.
Pornpit memberitahu bahawa dia baru sahaja ditinggalkan teman lelakinya yang memutuskan hubungan mereka.
Disebabkan tidak tahu hala tuju, wanita itu berjalan lebih 5 kilometer sebelum duduk di tengah jalan dan menangis.
Dia juga mengaku sedang menanti saudara lelakinya datang untuk mengambilnya.
Polis bergegas ke lokasi kejadian bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.
“Dia berada dalam keadaan yang lemah. Mujurlah kami tiba tepat pada waktunya,” kata polis.
Pornpit kemudian dibawa ke balai polis terdekat sebelum ahli keluarganya dihubungi. – AGENSI
Baca juga :
Leave a Reply