Wanita purdah curi rantai RM30,000 di Kuala Selangor diburu

KUALA SELANGOR –  Seorang wanita purdah diburu selepas melarikan rantai bernilai RM30,000 di sebuah kedai emas sekitar daerah ini, Isnin lalu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.25 tengah hari, selepas suspek menyamar sebagai pelanggan premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan daripada pembantu kedai itu pada hari kejadian.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati suspek wanita memasuki premis itu dengan berpura-pura mahu membeli barang kemas.

“Suspek bagaimanapun kemudian bertindak mengambil seutas rantai emas yang dianggarkan bernilai RM30,000.

“Usaha sedang dipergiatkan dalam usaha memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Justeru, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannnya di balai polis berdekatan bagi tindakan lanjut.

Terdahulu, tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) video berdurasi lebih seminit memaparkan seorang wanita berpurdah memasuki sebuah kedai emas.

Wanita itu sempat duduk di kerusi pelanggan dan didatangi seorang pekerja yang mengeluarkan barang kemas di rak pameran untuk dicuba suspek sebelum melarikan rantai itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*