“Wanita mana nak dimadu…” Ternyata drama Risik Pada Hati mampu ‘usik’ jiwa penonton wanita

Ternyata drama Risik Pada Hati ‘mampu usik’ jiwa penonton wanita. WANITA mana yang mahu dirinya dimadukan oleh suami tercinta, namun itu kisah yang dipaparkan dalam drama popular ketika ini, Risik Pada Hati.

Membariskan pelakon hebat seperti Ummi Nazeera sebagai Hayfa, Zara Zya (Aisya) dan Alif Satar (Adam), drama adaptasi novel karya Hanni Ramsul tersebut merupakan arahan Pali Yahya.

Drama tersebut ternyata berjaya mengusik jiwa penonton terutamanya golongan wanita yang terkesan dengan pengorbanan Hayfa yang rela dimadukan demi kebahagiaan suami tercinta, Adam bagi mendapatkan zuriat sendiri.

Rata-rata penonton turut melahirkan rasa simpati terhadap watak Hayfa malah ada yang menyamakan nasib mereka dengan wanita itu kerana masih belum dikurniakan zuriat selepas sekian lama mendirikan rumah tangga.

“Cerita ini bagus. Saya sebagai seorang wanita memang terkesan dengan jalan ceritanya, sedih sangat. Kuatkanlah hati isteri pertama, Hayfa,” komen seorang netizen.

“Cerita ini buat terkenangkan nasib diri. Tak sekuat Hayfa yang rela dimadukan tetapi kasihan juga dengan watak Aisya,” luah seorang lagi penonton.

Turut baca

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*