Wanita dirogol abang ipar, lapor polis selepas dipaksa gugur kandungan – Pelaku juga ugut ibu bapa mangsa

POLIS melancarkan siasatan selepas seorang wanita membuat laporan mendakwa dia dirogol oleh abang iparnya.

Dalam laporan itu, mangsa mendakwa dia mula dirogol pada 26 Januari lalu dan kejadian berlarutan beberapa kali pada bulan berikutnya.

Dakwa mangsa, dia juga disahkan hamil selepas dirogol oleh abang iparnya.

Selepas memaklumkan perkara itu, mangsa berkata pelaku membawanya ke sebuah hospital dan memaksanya untuk mengggurkan kandungan.

Pelaku turut mengugut ibu bapa mangsa, menurut pegawai polis.

Kes itu didaftarkan pada Sabtu, namun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*