Seorang wanita ditahan oleh pengawal keselamatan sebuah lapangan terbang di Australia kerana membawa jantung miliknya di dalam beg yang dipegang, lapor laman berita News.com.au.
Jessica Manning, 30, yang berasal dari New Zealand ketika itu tiba di Australia apabila dia dihentikan oleh beberapa pegawai.
Dia merupakan pesakit yang pernah menjalani prosedur pemindahan jantung dan hati.
Menurutnya, pasukan keselamatan sempadan Australia mahu mencegah sebarang ancaman pencemaran atau bahaya kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh jantung lamanya itu.
Namun, Manning berkata, selepas dia menjelaskan situasi dan sejarah perubatannya, pegawai berkenaan membenarkan dia membawa jantung tersebut.
“Isu utamanya adalah saya (berpotensi) membawa penyakit baharu ke negara ini (Australia) dan dia (pegawai) tidak mahu saya membawa sesuatu yang membahayakan Australia.
“Saya ditahan selama kira-kira sejam kerana cuba membawa jantung ke Australia. Namun kini, ia selamat berada di dalam almari,” katanya.
Manning menjalani pembedahan pemindahan jantung dan hati enam tahun lalu selepas dia dilahirkan dengan pelbagai kecacatan jantung.
Akibatnya, wanita tersebut terpaksa menjalani beberapa pembedahan jantung terbuka semasa membesar.
Turut baca :
Leave a Reply