Voice note ibu Zayn Rayyan tular, kongsi momen terakhir sebelum hilang

SELURUH Malaysia sedang berduka dengan pembunuhan tragis kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan. Baru-baru ini tular rakaman suara (voice note) dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu di laman sosial TikTok menceritakan momen terakhir pada hari kejadian.

Menerusi rakaman suara yang berdurasi satu minit, seorang wanita dipercayai Ismanira memberitahu bahawa anak lelakinya itu hilang pada Selasa ketika dalam perjalanan ke rumah selepas pulang dari sekolah.

“Dia (Zayn Rayyan) hilang tengah hari masa saya baru ambil dia dari sekolah. Sebelum tu, saya pergi beli barang dapur. Lepas tu, sampai je dekat rumah dia ajak main taman. Taman depan rumah je, dia mengamuk nak main taman. Tak nak naik rumah” ujarnya.

DISEBABKAN ITU IBU KEPADA DUA CAHAYA MATA ITU MEMBAWA ZAYN BERMAIN TAMAN SEKITAR 10 MINIT SEBELUM MEREKA PULANG KE RUMAH.

“Kemudian saya ajak balik rumah. Masa nak naik tangga rumah tu, dia macam nak tak nak ikut.

“Sebab dia macam nak mengamuk, nak meragam. Saya tak pedulikanlah, saya tak pegang dia sebab pegang barang.

“Tapi dia betul-betul ada di belakang saya waktu tu. Lepas tu, saya naik beberapa langkah, saya pusing belakang panggil nama dia. Tengok dia tak ada, senyap,” ujarnya.

WANITA BERKENAAN MENGAKUI TIDAK MENYEDARI ZAYN TIADA DI BELAKANGNYA KERANA LANGSUNG TIDAK MENDENGAR SEBARANG BUNYI TERMASUK TAPAK KASUT.

Memang saya tak perasan langsung bila dia lari, sebab tak ada bunyi suara langsung. Bunyi kasut pun tak ada. Dia terus lari macam tu jer.

“Memang saya sudah mencari di belakang rumah, semak semua tak ada. Peliklah, sekelip mata berdesup hilang macam tu je,” katanya.

Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai.

Kehilangannya selama 32 jam berakhir pilu. Anak istimewa itu kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediaman.

Terbaharu, polis mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat dibunuh susulan pergelutan dengan pembunuhnya. Hasil siasatan forensik juga mendapati Zayn telah meninggal dunia di tempat lain 48 jam sebelum ditemui di lokasi tersebut.

Sebuah ‘task force’ khas ditubuhkan untuk memberi tumpuan dalam membantu siasatan kes berkenaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*