{VIDEO} “Warganet mengamuk lagi…” Pemilik kelab didakwa guna bangsa sebagai modal melawak

Belum pun reda isu wanita menanggalkan pakaiannya di atas pentas minggu lalu, muncul pula kontroversi baru, yang mana difahamkan juga berlaku di atas pentas komedi.

Namun, bezanya isu kali ini lebih menambah kemarahan warganet apabila pemilik sebuah kelab itu sendiri menggunakan bangsa sebagai bahan melawaknya di hadapan penonton.

Dalam video yang dimuat naik merdekatimes, kelihatan pemilik kelab itu mengakui sendiri bahawa dia suka menggunakan bahasa Tamil setiap kali melakukan persembahan.

Turut baca

Rupanya ada muslihat lain, bilamana bahasa itu memudahkan dirinya untuk memerli orang Melayu.

“Maafkan saya, ini adalah masa untuk kuota bumiputera…sekarang diminta senyap, hidup Melayu!”

“Tahu tak kenapa saya buat persembahan dalam bahasa Tamil? Sebab saya suka perli orang Melayu.”

“Sini mereka okey je sebab mereka tak faham apa yang saya maksudkan, saya boleh buat persembahan dalam bahasa Inggeris tapi itu pun mereka tak boleh faham.”

Lebih menyedihkan, penonton yang berada di situ bersorak dan bertepuk tangan seolah-olah membenarkan perbuatan lelaki bernama Rizal itu.

Ramai marah dengan perbuatan lelaki itu yang dianggap biadap.

Dalam waktu sama, mereka juga berharap ada tindakan  susulan dilakukan ke atasnya kerana secara tak langsung perbuatannya itu boleh memecah belahkan perpaduan bangsa lain juga.

"Warganet mengamuk lagi..." Pemilik kelab didakwa guna bangsa sebagai modal melawak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*