{VIDEO} Wanita ditumbuk muka bertubi-tubi undang 1,001 persoalan

TULAR satu video memaparkan seorang lelaki bertindak mengasari seorang wanita dengan menumbuknya beberapa kali di sebuah kedai makan berdekatan MJC Batu Kawah, Sarawak baru-baru ini.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan seorang individu, Mark Jackson di laman Facebook Iban Remun Malaysia (IRM) pada Sabtu, kejadian itu dipercayai berlaku pada Jumaat.

“Kau tunggu sahaja dulu, jangan nanti kau pula yang makan tapak kaki. Pucat muka kau nanti. Kau makan kenyang-kenyang, nanti kami datang.

“Lokasi Man Siang MJC Batu Kawah. Malam tadi (Jumaat) punya cerita,” tulisnya.

Tambah Mark lagi, lelaki berbaju hitam yang memukul wanita berkenaan dipercayai merupakan majikan mangsa.

“Maklumat awal kata, lelaki yang pukul itu bos kepada wanita tersebut tetapi tak patut dia pukul sekasar itu,” dakwanya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan Mark itu turut menimbulkan 1,001 persoalan dalam kalangan warga maya.

Hal ini kerana lelaki dalam video tersebut dilihat memaksa mangsa meminum sesuatu sebelum dia menampar dan menumbuk wanita berkenaan.

Lebih menggeramkan lagi, seorang wanita dipercayai rakan kepada lelaki tersebut hanya berdiri di situ dan melihat tanpa memberikan bantuan.

Dalam video tersebut, orang ramai turut dilihat cuba meleraikan ketegangan yang berlaku dan menghalang lelaki tersebut daripada terus mengasari mangsa.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*