{VIDEO} Wanita cedera parah dirempuh lori terbabas di Kuala Krai

SEORANG wanita cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua buah lori di Kuala Krai, Kelantan pada Selasa.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Facebook IDKK, kemalangan berlaku apabila salah satu lori berkenaan terbabas sebelum merempuh sebuah lagi lori dan motosikal yang berada di lorong bertentangan.

Pada masa sama, salah seorang pengguna lain sempat berkongsi satu rakaman kamera papan pemuka (Dashcam) yang memaparkan kejadian penuh ketika itu.

Dalam video itu, lori terbabit turut merempuh sebuah rumah dan warung kopi berhampiran lokasi kejadian.

Berdasarkan beberapa gambar yang disertakan dalam hantaran berkenaan, kedua-dua bangunan mengalami kerosakan teruk selepas dirempuh.

{VIDEO} Wanita cedera parah dirempuh lori terbabas di Kuala Krai

{VIDEO} Wanita cedera parah dirempuh lori terbabas di Kuala Krai

Menurut pengguna Facebook Niniey Hany Abdullah juga merupakan adik kepada salah seorang mangsa kemalangan itu, mengesahkan bahawa kakaknya yang menaiki motosikal ketika itu cedera parah selepas dirempuh.

Katanya, mangsa yang mahu dikenali sebagai Noor Hafizah cedera pada kedua-dua tangan, kaki kiri dan juga muka.

“Kaki kiri, betis dan paha patah. Kedua-dua belah tangan pun patah serta mukanya bengkak,” katanya.

Pada masa sama, Niniey berkata, mangsa sudah dikejarkan ke hospital dan masih menunggu perkembangan terkini berkenaan keadaan mangsa.

{VIDEO} Wanita cedera parah dirempuh lori terbabas di Kuala Krai {VIDEO} Wanita cedera parah dirempuh lori terbabas di Kuala Krai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*