Usahawan tayang telekung RM6K ketika umrah, netizen suruh betulkan niat. Satu hantaran di aplikasi TikTok baru-baru ini menjadi tular gara-gara seorang usahawan wanita dilihat meluahkan rasa teruja kerana mampu mengenakan telekung berharga lebih RM6,000 ketika mengerjakan umrah.
Ia sekaligus mengundang pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-rata tidak senang hati melihat wanita itu seolah-olah riak dengan kurniaan rezeki yang diberikan Allah S.W.T.
Wanita itu juga menulis kapsyen bahawa dia tidak berniat untuk menjadi riak namun ia hanyalah impian dan hasratnya selama ini.
Pakai telekung harga RM6,080. Ini baru tetamu VIP Allah.
Leave a Reply