{VIDEO} “Tunggu hampir sejam… ” Lelaki mengamuk ambulans lambat sampai, punca mangsa kemalangan maut

Baru-baru ini tular di media sosial akan video memaparkan seorang lelaki memarahi pertugas ambulans kerana dipercayai lambat tiba di lokasi kemalangan.

Difahamkan, ambulans yang lambat tiba dikatakan menjadi punca mangsa kemalangan itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Itulah, tengok kita panggil (ambulans) sudah berapa lama, kita tunggu (ambulans sampai) nak dekat satu jam lebih. Jangan kira bangsa ke kaum apa, ini manusia. Sekarang senang cerita, (mangsa) sudah meninggal,” katanya.

Kata-kata lelaki tersebut mendapatkan sorokan orang awam yang turut berada di tempat kejadian.

Walaupun begitu, petugas ambulans berkenaan tidak memperdulikan kata-kata pemuda tersebut sebaliknya meneruskan kerjanya.

Memetik laporan Utusan TV, seorang penumpang didapati maut selepas kereta dupandu terbabas di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Hasil siasatan mendapati kenderaan yang dipandu wanita berusia 23 tahun telah hilang kawalan lalu melanggar tiang batu di kiri jalan sebelum terbabas.

Difahamkan, pemandu mengalami kecederaan dan di hantar ke zon merah, Hospital Kuala Lumpur manakala penumpang seorang lelaki berusia 30 tahun cedera parah dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Rata-rata warganet menyelar tindakan lelaki berkenaan. Bahkan mereka juga berpendapat tidak sepatutnya menyalahkan ambulans.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*