{VIDEO} “Tunai selagi bernafas…” Ngidam nak naik kereta kebal, ibu nangis dapat penuhi hajat anak

“Tunai selagi bernafas…” Ngidam nak naik kereta kebal, ibu nangis dapat penuhi hajat anak.  Melayani karenah ibu mengandung sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi, itu termasuklah cuba untuk memenuhi keinginannya yang adakalanya tak masuk akal.

Mengambil pendekatan itu, mungkin dapat kita saksikan perkongsian Omma_Ellysha berkenaan perjalanan kisah anaknya yang mengidam untuk menaiki kereta kebal.

Menurut Omma, dia menerima mesej daripada anak keduanya yang sedang hamil bahawa dirinya teringin untuk menaiki kenderaan tersebut.

Menerusi video berlainan, dalam perjalanan ke kem Sungai Besi, mereka berhenti sebentar apabila melihat banyak trak Tentera Darat sekaligus bertanya kepada anggota di situ berkenaan hasratnya.

Namun, mereka diminta untuk terus ke kem dan siapa sangka pihak kem memberi keizinan untuk anaknya merasai pengalaman menaiki kereta kebal sepertimana yang diidamkan.

Dalam waktu sama, air matanya sebagai seorang ibu juga tumpah apabila berjaya memenuhi hasrat si anak, lebih-lebih lagi ketika melihat dia tersenyum gembira.

netizen luah sebak apabila melihat usaha wanita berkenaan untuk memenuhi keinginan anaknya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*