{VIDEO} Tular bas ‘makan jalan’ jadi punca kemalangan, kenyataan Rapid Penang dikecam

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan sebuah bas rapid terlibat dalam kemalangan bersama sebuah kereta dan juga motosikal.

Difahamkan, pemandu dan penumpang bas berkenaan diaporkan dalam keadaan selamat selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Tun Sardon, Pulau Pinang.

Susulan itu, pihak Rapid Penang mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian yang berlaku pada pukul 6.41 pagi itu melibatkan kereta Perodua Kenari yang dinaiki oleh lelaki dan perempuan serta sebuah motosikal dan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital yang berdekatan.

Walau bagaimanapun, penjelasan tersebut menimbulkan kecaman ramai selepas video yang tular jelas memperlihatkan bahawa bas Rapid Penang laluan T502 itu ‘makan jalan’ di bahagian selekoh sehingga menjadi punca kemalangan.

Sementara itu, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Cheqjaa yang dipercayai kakak kepada penunggang motosikal itu turut memaklumkan bahawa adiknya kemalangan disebabkan bas masuk ke lorong sebelah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*